Tuesday, January 11, 2011

Sebelum Buka Buku..mari ke Floating Market Hatyai..

Kenangan yang paling menarik kali ini ialah saya telah melanjutkan semula pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda sains komputer (I.T),susah juga nak biasakan diri semula dengan kerja dan pelajaran,sebelum ini saya pernah juga melanjutkan pengajian ke peringkat diploma di Politeknik Seberang Perai,Penang.Tapi yang menariknya kali ini ramai staf komputer dari UiTM Arau dan Penang turut serta dalam program PLK (Program Luar Kampus) ini.Terima kasih kepada INED UiTM Shah Alam dan INED UiTM Arau kerana memberi peluang untuk kami menimba ilmu pengetahuan ke peringkat yang lebih tinggi,

Sebelum itu kami semua mengadakan kursus fotografi di Floating Market Hatyai,oleh kerana semua ingin release tension,ramai kawan-kawan prosnap turut serta dalam kursus ini,Menariknya Floating Market Hatyai ini ialah kesemua barangan dan harga makanan tidak melebihi RM2,kita boleh menikmati pelbagai juadah yang menarik disini,antara makanan/menu yang ada disini ialah keaw teaw tom yam,bihun sup,ais krim dan banyak lagi pelbagai menu yang menarik,peniaga di Floating Market ini majoritinya muslim, kita tidak mempunyai masalah untuk memilih makanan yang ada disini.Paling menarik ,bekas makanan seperti pasu,tembikar hiasan dan bekas air boleh dibawa balik untuk dijadikan barangan cenderahati kepada kawan-kawan di Malaysia.

Kepada mereka yang ingin pergi ke Floating Market Hatyai.mereka boleh melalui jalan sungai Klong Hae,bersebelahan jalan kecil pasaraya CareFour Hatyai,atau melalui jalan besar belakang Highway untuk ke Songkla/belakang pasaraya Big C.kali ini kita tidak perlu pergi jauh hingga ke Khancanaburi untuk merasai kemeriahan Floating Market.kini..hanya di Hatyai..

bersama kawan-kawan di Lee Garden
Izhar Shah & Yien bersama kawan-kawan shoping sakan di Lee Garden Street
Pemandangan Menarik di Kelong Songkla,Hatyai 
Ais krim dan bekas boleh dibawa balik
meriah,murah dan sedap..
ikan bakar pun ada