Wednesday, April 29, 2009

GAMBAR DI TANAH SUCI










Gambar,bermula dari atas sekali-Masjidilharam,Masjid Terapung Di Jeddah,Depan Pintu King Abd Aziz(MasjidilHaram),Di Muzium Kaabah,Kawasan Ternakan Unta di Jaranah,Jabal Uhud,Bersama Rombongan Umrah,Masjid Quba,Masjid Nabawi

Friday, April 17, 2009

PENGALAMAN DI TANAH SUCI

Allah maha agung,pengasih lagi penyayang ,99 nama Allah membuktikan tatkala menatap serta badan sujud ke depan pintu Kaabah,Subhanallah..

Alhamdulillah,saya dapat mengucup hajarul aswad,sukar hendak saya beritahu pada rakan-rakan semua,sesudah mengucup hajarul aswad (batu syurga) Subhanallah!wangiannya tiada tandingan.cakap saja benda apa yang wangi didunia ini,tidak boleh menandingi kewangian batu syurga,bau lembut menyusuk masuk ke hidungku pada jam 3.30 pagi waktu mekah.Subhanallah..nak beritahu kepada kalian tentang wanginya,. Terlalu wangi ,lebih wangi dari perfume berharga ribuan dollar $,tak pernah saya bau sewangi ini selama saya hidup di dunia ini,lembut menyusuk masuk ke hidung,Allahuakbar!, haruman batu syurga,wanginya bau syurga,Subhanallah,beruntunglah mereka yang berada di dalam syurga,

Tatkala melihat Baitullah (Kaabah)
Subhanallah..tak jemu menatap kaabah,indahnya kaabah,tak sama macam kita tengok dalam gambar,bila kita tengok dari gambar,kita hanya tatap dengan pandangan mata kita saja,tapi bila tengok depan mata kita sendiri di masjidilharam,kita akan tengok dengan mata kita beserta pandangan mata hati kita,disitulah rasanya kebesaran yang maha agung, dekatnya Allah dgn kita, ketakwaan dan keimanan semakin kuat,dapat juga saya memegang tepi pintu masuk kaabah,Ya Allah.saya dapat rasakan 99sifat Allah makin dirasai semakin dekat hingga ke depan pintu, saya telah dapat rasakan Maha pengasih,Maha penyayang,seperti kalimah bismillahirrahmanirrahim.merungkai segala yang saya rasa,cinta ini hanya padaNYa Maha Pencipta,walaupun saya banyak berdosa padanya,Allah Maha penerima taubat,jika kita telah benar-benar insaf,dan terus memperbaiki amalan kita,insyaAllah janji Allah benar, jika kesemua rukun islam kita amalkan.dan beriman pada 6 perkara,menjauhi segala yang dilarang oleh Allah serta melakukan kebaikan di dunia.insyaAllah..Syurga menanti kita ,

Rasulullah s.a.w,
Pertama kali menjejak kaki di bumi Madinah merasakan Rasulullah s.a.w sedang menanti dan memanggil kita,airmata bercucuran mengenang kekasih Allah,pertama kali menziarahi makam baginda,tenang setenang-tenang dalam hati ketika memandang makam baginda,benar kata sahabat Rasulullah s.a.w,tatkala menatap wajah Rasulullah s.a.w segala masalah akan hilang,Maha Pencipta,Allah menciptakan kekasihnya begitu indah,seindah- indahNya,sehinggakan saya dapat merasakannya tatkala menziarahi makam baginda,tenang sungguh hati saya,begitu tenang segala kekusutan semua hilang,hanya di hati dapat berkata indah dan tenang,Subhanallah,cahaya terpancar dari makam baginda,cantik,indah terlalu indah ,Alhamdulillah,saya sempat membaca surah yasin disebelah makam baginda,yakni kawasan raudhah,secara tiba-tiba airmata bercucuran,cinta terhadap baginda semakin dalam,Rasulullah s.a.w,engkau kekasih Allah,mulia sungguh akhlakmu,segala sunnah wajib kita ikuti,seperti kata baginda,Rasulullah s.a.w:(Tidak akan sesat kita selama2nya didunia ini kecuali kita bepegang kepada 2 perkara iaitu :Al-Quran dan As-Sunnah)- Wassalam