Tuesday, June 14, 2011

XPDC PAK BARA THAILAND

Alhamdulillah.setelah selamat pergi melancong ke Thailand di sebelah andaman sea.bermacam-macam pengalaman menarik yang boleh saya berkongsi tentang Satun dan Pakbara,Satun atau lebih dikenali dengan nama Setui bg penduduk Malaysia adalah tempat yang majoritinya adalah penduduk beragama islam,disini terdapat tempat seperti Tamalang Pier,iaitu pelabuhan feri untuk ke Pulau Langkawi,dan kebanyakan aktiviti penduduk disini adalah berniaga,banyak barang-barang permainan kanak-kanak murah disini,termasuk baju cotton dan juga buah-buahan.Kita boleh membeli barang permainan disini dengan harga yang murah sekitar rm3-rm50 sahaja.dan kebanyakan baju cotton termasuk seluar kanak-kanak berharga rm11-rm15,jika kita pandai tawar menawar dari segi harga,kita akan dapat lebih murah lagi setiap barangan yang kita beli.

saya sempat bergambar di Muzium Tengku Kudin dan Masjid Mambang.

sebelum sampai di Satun kami sempat berhenti beriadah di Thaleban National Park,disini kami menikmati pemandangan tasik Thaleban,sambil menghirup udara segar


selepas memandu selama 2 jam dari Wang Kelian,kami pun tiba di PakBara Pier,disini kami dapat melihat laut andaman yang cantik lagi tenang airnya.kami singgah berhenti makan di kedai muslim tepi pantai Pak Bara untuk menikmati tomyam,udang goreng celup tepung,kerabu mempelam,dan telur dadar,makanan disini juga murah berbanding di Songkla.apa yang menarik disini,kami makan berhadapan laut andaman


selepas kenyang,kami menginap di Langka Beach Resort,chalete ini ternyata tidak menghampakan kami,kerana bilik yang kami menginap itu berhadapan dengan andaman sea,selesa dan berhawa dingin,sungguh cantik dan selesa,rasa macam nak ajak kawan-kawan  datang sini,beessstt...


petang kami terus ke Mu Ko Phetra National Park,untuk menikmati keindahan alam di sekitar Pak Bara